Ahad, 11 Disember 2011

memori taman mesra..

Bismillahirrahmanirrahim..

taman mesra menggamit kenangan.. tempat membesar, tempat membina kehidupan.. tempat untuk menyempurnakan dunia kanak kanak, tempat membina kasih sayang sesama insan.. tempat mencipta sebuah pengalaman yang insyaLLah akan kekal tak luput dek zaman.. taman mesra dulu kini dan selamanya.. adalah SYURGA MAKANAN untuk seramai ramai penghuninya.. (part yg paling teman suka!!!)

No 30 Jalan 5, Taman Mesra Kajang.. ini la kampung teman.. kampung teman di rumah teres setingkat sahaja.. tak adalah aktiviti panjat tangga atau boleh berlari keliling rumah macam yang biasa kita tengok kat dalam movie melayu tu.. tak ada juga sawah padi terbentang luas menghijau mcm cerita nur kasih tu..  ia hanya sebuah rumah arwah atok n nenek teman yang amat teman kasihi..

habis je kelas semalam.. teman minta suami hantarkan teman dan anak anak ke rumah penuh nostalgia itu.. ada kenduri sempena kepulangan haji hajjah makcik pakcik sekalian.. walaupun letih dan otak masih berserabut tapi sebab taman Mesra.. teman akan sentiasa gagah.. masa dah berubah, dulu teman sebagai anak anak yang berlari kesana sini main sampai kering tekak, bila haus tahu jerit Mak nak air!!... lepas tu main lagi, kalau letih berhenti bergumpal pula dalam bilik kecik tpt memang khusus anak anak dara bergumpal.. main lagi dan lagi dan lagi.. selagi tak melekit badan, selagi tak ada yg menjerit menangis selagi tu la rutin tu berterusan.. oh oh oh oh teman sangat rindu saat itu.. bau haruman rumah itu.. pitam!

sekarang masa dah berubah.. perjalanan hidup juga berputar putar.. makcik2 yang dahulu sibuk sentiasa di dapur menyelesaikan urusan dari masak,basuh pinggan mangkuk, mengemas dan menyapu dan segala bagai.. sekarang dah bergelar nenek nenek moden dah sekarang. masa mereka berehat pula dan menyaksikan next generation menyetelkan segala kerja yang pernah dorg kena laksanakan dulu.. haha.. maka dengan terhormatnya next generation itulaa my generation..

rasa macam happy hour pula bila teman dan sepupu yg ada bersesak sesak packing lebihan makanan (setiap kenduri mesti berlebih, sbb semua mmg nak tapau).. berkelentang keletung membasuh periuk pinggan mangkuk sekalian.. wah wah wah memang seronok.. walaupun tak cukup korum. ramai dah tak boleh nak attend majlis atas komitmen masing masing. izni dah jadi doktor kat kedah, hana lili bekerja kat australia.. dll.. sepupu perempuan adalah sangat sedikit ya kawan kawan.. nisbah 1/3 je. tapi keseronokan dengan hani, aida kak jun dan lain lain tetap sangat terasa. banyak boleh gossip dan berkongsi cerita kehidupan..

semoga keluarga besar Haji Abu dan Hajjah Endon akan terus kekal dan dilindungi Allah sentiasa.. dan semoga ikataan kekeluargaan ini akan terus mesra dan kekal ke akhir hayat..

mode: kepala miung nak mula tulis proposal dan nak siapkan folio. phobia!






Ahad, 18 September 2011

Selangkah sudah bermula..

Alhamdulillah.. wal hamdulillah..

17 hb sabtu semalam dah siap mendaftarkan diri sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. selesai semuanya.. cuma tinggal laoran kesihatan dan juga payment yg akan disetelkan on monday.

lepas taklimat, ada exam.. bahasa Arab.. adalah sangat susah ya kawan.. susahla untuk aku yg dah tinggalkan bahasa arab ni lebih lima tahun.. ada tak ada baca quran tu ajalaa yg jumpa bahasa arab.. mana laa nak kelentong bila kena soal bab maf u'l liajlih la.. isim haiah la.. selamat juga jawapan dalam objektif..

org lain memang senang abis.. sampai kat dewan tu tinggal aku 2 org aja perempuan.. yang lain semua dah keluar dengan jayanya.. alahai.. saya berdoa semoga saya lulus.. ooopss sebelum lupa.. saya exam di belakang meja imam muda Azhar.. sama juga ambil master pengajian islam.. tp aku tak ade la pergi menanya ke dia.. pengkhususannya apa pula.. kalau tak lulus.. saya akan kena ambil kelas khusus dan exam semula sampai saya lulus.. kire itu adalah ujian kelayakan.. saya mohon dengan sangat agar saya lulus dan dapat terus belajar tanpa halangan.

semalam juga selepas taklimat, ada majlis anugerah pelajar cemerlang..
seorang wanita dijemput ke pentas atas kecemerlangannya memperolehi pointer yg snagat tinggi.. 3.97 dan purata pointernya setiap sem adalah 4.0.. dia adalah ibu kepada 2 org cahayamata dan bekerja sebagai pensyarah di kolej komuniti. berjaya memabhagikan masa untuk keluarga, belajar dan kerjaya.. hah.. itula yang membakar semangat kami yg dah jadi emak emak ni.. prof tu siap cakap lagi.. tak ade org bujang yg boleh challenge dia lagi.. lagipula dia ambil sains kejuruteraan mekanikal yg rata2 dimonopoli oleh lelaki..

program diet masih diteruskan..
11 kg dah pergi tp sempena ramadhan dan hari raya ni.. 1 kg dah patah balik.. lepas ni kena seimbangkan semula.. sebelum majlis lubna kawin saya mesti sudah sampai sasaran nya.. kurang dari 65kg. dan bila majlis lin nanti saya sudah sampai pada berat ideal sekitar 55-58kg.. harus dn wajib kuat berusaha..
GEMUK ITU HODOH DAN BODOH!!

bapak mertua masih di hospital..melihatkan keadaaannya menerbitkan rasa simpati dan sedih.. dari hospital kluang berpindah ke hospital sultanah aminah. kami dari segamat segera bertukar arah ke kluang mengambil suami dan terus ke hospital di johor.. terima kasih babah kerana sanggup berkorban untuk anaknya ini..

sepupu saya dahlia juga sudah berada di rumah makngah... dahlia membuatkan kadang2 jiwa saya melayang tak terpikir apa yg dah dia lalui.. sangat berat dan maha hebat.. setelah seperti mati hidup semua sekarang dia hanya meniti hari hari yg letih ntuk belajar dan mengingat semua perkara.. mind n brain are effected.. so sekarang dia proses pemulihan.. lepas ni insyallah akan lebih kerap kesana.. membantu memulihkan dan berdoa agar dia kembali sembuh..

kerry adik angkat saya mengandung.. dan melihat pada perut booonncittnya menyebabkan saya rasa sangat bersyukur dan didoakan semoga dia selamat sampaui bersalin nanti..

sudah dulu karangan panjang ini.. semoga kita semua dirahmati Allah.. suami dan anak anak.. terima kasih berada disamping saya.. mak dan babah terima kasih kerana melahirkan dan membela saya.. abang dan kak ifa.. terima kasih kerana menyerikan hidup saya

wasslama.. sambung lagi.. tgh kumpul duit berkira2 nak beli netbook..huhu



Ahad, 15 Mei 2011

chicken pox..



Bismillahirrahmanirrahim..

setelah menyambut hari lahir yang ke 4 tahun. Ahmad Widad kena chicken pox. terima kasih cikgu kerana berjaya mengesan. masa mandi pagi selasa tu, saya ada nampak biji di celah ketiaknya. dan petang isnin tu saya ada tanya dekat dia kenapa tangan dia ada biji air.. ahmad cuma jawab, lupa cuci tangan!..

saya dah susah hati.. takut terkena jangkitan kaki tangan mulut tu la.. balik rumah saya terus google ttg peyakit kaki kuku tangan mulut tu.. saya susah hati kalau Ahmad terjangkit.almaklumla dia kan dah bersekolah dan bercampur ramai kawan2.. takutnya leka main sampai tak jaga kebersihan.. tapi tak ade pula yg boleh mengaitkannya... pening!

selasa pagi cikgu dia dah call minta ambil Ahmad bawa balik.. "mama widad, anak puan kena chicken pox.kami dah asingkan dia di bilik lain.. tapi kalau boleh tolong jemput dia balik ya.. takut berjangkit"
saya tengah sarapan terus putus selera, ambil kunci kereta terus memandu ke sekolah ahmad. menempuh 20 bumper ye kawan2.. hehe

sampai di sekolah, cikgu cakap.. "ahmad widad kena chicken pox pun mulut dia masih pot pet pot pet.. " haha.. sejak tu kami di rumah panggil dia Ahmad Pot Pet pot Pet..

Alhamdulillah.. walaupun dia terkena chicken pox tapi dia masih jadi anak yg baik. tak banyak ragam.. kadang2 tengok dia tak macam org sakit. dok berlari sana sini.. baba dia balik petang tu juga dari johor. tak tahan dengar anak dia cakap "mama, saya sakit ni.. Baba tak balik jaga saya kat sini ke..?'.. Baba sampai aja ke rumah.. battery dia macam baru lepas kena cas.. walhal saya tinggalkan dia dlm keadaan melepek kat katil nenek dia.. anak rindu baba rupanya. saya ambil keputusan tak bawa ke klinik, merawat dengan cara tradisional. cari daum bamboo utk mandi dan sapukan ubat AJAIB.. hehe. lain nya saya layankan aja kalau dia minta gosok.. sambil tu kami baca buku dia..

menjaga anak yang sakit memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.. kadang2 meragam dia membuat kan saya mcm nak lepuk aja.. mentang2 dia sakit dan ada kuasa imuniti untuk kena hukum ketika sakit..sabar je la..

tetiba saya teringat nasib anak anak yang tak punya ibu bapa dan penjaga lagi.. atau yg duduk dengan mak tiri yg horror.. alangkah sedihnya hati mereka.. saya syukuri kini Ya Allah atas nikmat yg Engkau telah berikan..

Khamis, 12 Mei 2011

* Ibukah Dia? *

bismillahirrahmanirrahim..

sekali lagi saya memilih untuk meluahkan sesuatu yang tak dapat saya kongsikan bersama org lain secara lisan kerana takut mengundang fitnah dan salah tanggap.. ruang iini dipilih kerana lebih menenteramkan saya dalam mencurahkan apa yg terbuku di hati..

seminggu ni agak sedih dan celaru.. saya bertemu seorang lelaki bersama 3 org anaknya. 2 lelaki dan yg bongsunya perempuan... tanpa isteri.. tanpa isteri ya kawan kawan..

dalam suram lelaki itu membuka cerita tentang apa yg berlaku pada keluarganya.. isterinya curang dan sudah meninggalkan rumah dan anak anak lebih dua minggu dan tegar menyulam kasih bersama lelaki lain. saya jadi kecewa kerana saya mengenali isterinya sebagai seorang yang peramah dan snagat bermotivasi untuk menguruskan badan..(kiranya dia adalah inspirasi saya ketika itu)..

lelaki ini berusaha gigih untuk mempertingkatkan hasil keluarga dengan sambung belajar dan sekarang Alhamdulillah sudah naik pangkat.. lelaki ini juga memohon bantuan kepada kedua org tuanya untuk jaga dan didik anak mereka berdua sementara mereka keluar berkerja.. selebihnya masa terluang diguna pakai untuk sessi percintaan HARAM bersama lelaki lain. saya memang sangat sakit hati..

anaknya yang perempuan baru berusia 2 tahun lebih dan selesa menggelarkan dirinya dengan nama PRINCES itupun terabai.. anaknya sangat comel ye kawan kawan.. bagi saya yang belum mempunyai anak perempuan.. PRINCES itu adalah idaman saya.. putih gebu dan sangat cantik. PRINCES pernah menangis meraung memeluk kaki ibunya memohon jangan tinggalkan dia.. si ibu boleh selamba mati buat buat tak faham.. almaklumla buah hati sedang menunggu dengan hati yg riang tak terperi.. apalaa yang ada pada tangisan si PRINCES nak dibandingkan dengan nikmat bertemu buah hati.. kejadian itu membuatkan saya tertanya.. ' IBUKAH DIA? '..

untuk kawan kawan yang belum berkahwin atau belum memiliki anak.. hubungan darah kita sangat lekat dengan anak.. perkahwinan ikhlas yg dibina bersama suami kerana Allah membuatkan saya menerima dirinya seadanya.. dan berharap dia menerima diri saya seadanya. memiliki anak di awal perkahwinan agak mencabar tapi saya sangat bahagia.. setiap kali Ahmad ke sekolah seharian, saya juga akan menyibukkan diri dengan kerja kerana terlalu rindukan dia.. serius! setiap kali saya meninggalkan muhammad sebentar untuk keluar berkerja atau urusan tertentu.. tiap kali tu juga la saya akan pujuk diri saya agar fokus dan selesaikan segera agar boleh bersama anak anak semula. suami pula pernah balik ke johor 18 hari dan hasilnya dia jadi pemarah dan semua serba tidak kena dan menyakitkan hati.. itu la penyakit hati ketika rindukan anak anak.

berbalik pada cerita tadi.. si suami tadi telah mengajak bincang dan bercakap dengan matang tentang halatuju perkahwinan mereka itu.. nak tahu apa jawapan isteri.. ' saya memang sudah pilih dia dan awak boleh ceraikan saya!'.. dalam hati saya menyumpah Celaka betul boyfriend perempuan ni. si isteri ni setahu saya tidaklah berduit sangat, tidak berpelajaran tinggi cuma muka dan badannya memang cantik juga la.. itu pun berkat suami dia yg bayar utk pakej perlangsingan dan juga ajak ke gym bersama sama.. ntah apa yg jantan terkutuk itu mahu menjadikan dia sebab hingga menghancurkan rumah tangga org lain.. anak anak yg menjadi mangsa inilah membuat kan saya sedih dan kasihan.

kawan kawan.. inilah asam garam rumahtangga.. hidupbergaduh, terasa hati , merajuk, menyampah dan perkara berkaitan adalah rencah asam garamnya.. tp pada saya.. kecurangan adalah sesuatu yg berbeza dan itu bukan la rencah lagi tapi itu adalah BANGKAI dalam rumah tangga.

hari ini mungkin isteri sedang khilaf.. tp hati kecil saya tetap berdoa.. agar keadaan akan kembali pulih semula.. semoga Allah merahmati kita dan membantu kita hingga akhir hayat..

Ya Allah bantulah hamba mu ini dalam mencari keredhaan Mu Ya Allah.. selamatkan lah rumah tangga kami semua.. hidupkan lah keluarga kami dalam mahabbbah wa rahmah sepanjang hayat kami.. jadikanla jalan menujuMu tetap dihati kami.. amin..

Allahumma Salli Ala Muhammad wa Ali Muhammmad..
*KICIWA*

Isnin, 9 Mei 2011

Selamat hari Lahir Anakku..

bismillahirrahmanirrahim...

(entry ni ditulis ketika dengar dan melihat Ahmad sedang bersolat dengan neneknya.. Syahdu Oi!!)
4 tahun lepas.. Ahmad Widad dilahirkan secara ceaserean.. ikut tingkap kata orang orang kampung.. ahmad lahir dengan berat 3.5 kg.. tinggi 50cm. dan ukur lilit kepala dia adalah sangat besar ya kawan kawan.

dia dilahirkan setelah diinduce (dipaksa beranak) sebanyak 3 kali.. dan episod cek jalan dah buka atau belum adalah episod ngeri dalam hidup ku.. Allah sahaja yang tahu betapa celaru dan sakitnya ketika doktor cakap.. " ok puan.. sila baring, kami nak tengok jalan dah buka berapa cm? "
lebih 15 kali doktor akan rodok dan tekan tekan supaya tulang pelvik tu lembut.. setiap kali tekan.. hamba berdoa.. " oh tuhan.. Selamatkan saya dan kandungan ini.. kuatkan la semangat saya".. sambil menangis ya kawan kawan.. diulangi.. menangis.. adalah sangat sangat sangat dan sangat sakit..

itula yang dirasai oleh semua ibu ibu yang nak bersalin.. dan bersalinkan Ahmad widad punya momen indah dan sangat menyentuh kalbu. lepas tiga kali induce jalan nak bersalin adalah semakin kecil.. akhirnya hamba give up dan merayu pada suami agar hamba di CUT sahaja!... doktor masih nak berusaha tapi melalui istikharah dan tawassul .. aku dah tekad.. memang harusnya di CUT ah keluar ikut tingkap.. akhirnya doktor akur.. dan aku snagat lega kerana episod rodok merodok sudah tamat ketika keputusan itu dibuat.

Ahmad sangat senang dijaga dan dibesarkan.. aku bersyukur pada Allah sangat sangat.. rezeki murah.. ramai org bagi hadiah.. dan kutipan pada hari akikah nya.. subhanallah wal hamdulillah.. kalah la duit tabung haji aku.. hahah. ahmad tak banyak ragam dan tak ade masalah kesihatan.. satu nikmat yg paling disyukuri.. aku banyak melihat.. berapa banyak air mata seorang ibu tumpah tatkala berdepan dengan masalah anak tak sihat.. Alllahhh duit berjuta pun takkan dapat melegakan hati ibu yg melihat anak kesakitan!

Ahmad mula bercakap ada usia tujuh bulan. 'mama' , 'baba' 'atah(atok)' dan yg mudah2 la.. dengan gigi 2 batang dia tu. tapi dia berjalan lambat sangat.. 1 tahun 3 bulan baru berjalan. syukur.. akhirnya berjalan juga.
setahun 5 bulan ahmad dah baca bismillahiirahmanirrahim.. dan sebut perkataan nenek dan atok dengan betul.Alhamdulillah. mungkin pada orang lain.. dia lambat. tapi aku sangat bersyukur..

pernah tu,seorang saudara boleh cakap.." eh ahmad widad ni makan pun masih bersuap dan cakap pun tak betul, kire lambat la ni.. anak saya dulu umur baya ni dah boleh ajak nyembang dan bla..bla..bla.."..
tahu tak apa perasaan aku ketika dengar tu.. rasa nak bagi satu pelempang! kami tak pernah cakap pasal anak anda yg anda bikin ekor rambut dikepalanya.. dan kami tak pernah minta pendapat apa apa pun tentang anak kami. panas hati dan aku terus peluk Ahmad dan bisikkan selawat agar hati ini reda..

dah nak masuk 2 tahun.. 16 mac 2009.kali pertama kami bercuti sekeluarga.. ke Pangkor, lumut dan damai laut.. sambil pergi ke majlis perkahwinan sahabat di setiawan (cik kinot).. ahmad kena gigit dengan satu girl tu.. gigitan itu adalah snagat kuat ya kawan kawan.. lebam seminggu..masa balik dari bercuti, nenek sudah mengamuk sakan.. tengok cucu pertama kesayangannya berlebam di pipi kiri.

tahun 2010.. ahmad masuk sekolah.. playschool di CIC bangi. sebulan menangis setiap kali dah nak sampai dekat simpang sekolah dia.haha.seminggu pertama, kata teacher dia.. ahmad cuma nak duduk kat dapur aja.. ntah apa ke mimpinya.. tp teacher tu biarkan aja.. akhirnya ahmad sangat suka ke sekolah dan dia dah ada kawan2 dia sendiri.. tak la asik sebut nama upin ipin fizi dan intan payung lagi. banyak yg dia belajar dan dia dapat.. dan aku sebagai mama sangat gembira melihat tumbesaran Ahmad..
ooopss lupa.. hari lahir Ahmad yang ke 3 tahun disambut sangat meriah di sekolah CIC bangi.cikgu nya sangat supportive.teacher rubi, teacher nisa dan teacher nina..
di CIC pun ahmad 4 kali pergi trip. pertama ke muzium tentera udara sungai besi, second ke kilang yakult di seremban 2, third ke kilang gardenia Shah Alam dan last ke kilang coklat di seri kembangan.. kawan kawan, kita semua pun rasanya belum pernah pergi ke tempat2 tu kan kan kan..

tahun 2011 ahmad semakin obses dengan lukisan lorinya.. segala jenis lori dia akan lukis.. dan baba adalah pendorong ahmad terulung.. 2011 juga ahmad mula membaca dan menulis dengan baik.. dah mula membaca menggunakan exra dan buku peter and jane tu. mama tentu sekali menjadi orang yang paling bahagia dan bersyukur.. Alhamdulillah.. Allah memakbulkan doa saya agar Ahmad membaca ketika usia 4 tahun. dan semua itu bukan senang.. semuanya harus berkorban..

tahun ini juga Ahmad tak berminat menyambut hari lahir di sekolah. dia yg tak nak.. dan mama pun tompang lega sebab mama n baba agak kering bulan ni.hehe. dia cuma minta 4 perkara sempena umurnya dah empat tahun.
1. macaroni cheese di secret recepies alamanda
2. fresh orange nya
3. kek vanila
dan lastnya main playground di alamanda.. Alhamdulillah..

wahai anak ku.. doa mama semoga Ahmad jadi anak soleh dan hamba yg mengenal tuhannya.. memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan cintakan rasulullah dan ahli keluarganya,..

berhenti dahulu.. mama nak mengajar ahmad ya..

Rabu, 27 April 2011

# Tentang Diet #

Bismillahirrahmanirrahim...

saya secara officialnya menjalani diet secara sihat pada 14 april 2011.. banyak yg dilakukan dan banyak juga dikorbankan.. banyak menguji minda dan banyak juga membunuh perasaan. tapi tak adalah sampai menangis tak dapat makan.. hahaha

dan paling penting diet ni tak mengganggu anak yg sedang menyusu.. nengok si muhammad selamba aja, makin chubby aja.. alhamdulillah dia pun dah mula makan.. kire nyusu ni bukan lagi satu satunya makanan yg masuk ke dalam pewwwoott (ejaan org mengada n benci) perut dia.

setakat ni alhamdulillah.. Allah mudahkan segalanya untuk saya.. keluarga yang sangat supportive dan kawan yg kasi semangat (aku ada kawan ke?) paling penting apa yg aku buat ni semua kerana Allah.. dan sebagai hamba, aku harus menjaga diri kurnian Allah ini dengan sebaik baiknya.. nikmat yg Allah beri ini wajib untuk aku kembalikan ke asalnya.. Semangat semangat semanagat...

penurunan berat tu dah ada.. lepas ni saya pun boleh buat 'diari si budak gemuk' untuk tatapan diri sendiri dan anak cucu besok utk pedoman diri supaya tak lupa daratan lagi.. menjadi gemuk adalah suatu beban yang akhirnya saya rasakan seperti beban itu sentiasa melekat dan sebati sampai saya lupa betapa hodoh dan bodoh nya beban gemuk itu!!

fakta yg salah!
- gemuk tu buat awak nampak muda la (org yg ckp ni mgkin matanya dah juling!)
- gemuk ni buat awak akan direspect sbb nampak lebih matang (kematangan saya hilang kerana buat keputusan yg salah dengan menggemukkan diri dahulu!)
- alaa gemuk sikit aja bukan nya besar mcm biggest looser tu.. (nak kena gemuk mcm tu ke baru nak mula diet..)
- wedah habiskanla semua saki baki lauk ni.. senang nak kemas meja..( now i am the first eater kat umah tau!)

dan banyak banyak lagi kesalahan fakta yg saya imani untuk terus kekal gemuk satu masa dahulu..

sekarang semoga Allah membantu saya meneruskan apa yg dah saya mulakan.. 4 kg dah pergi dan ada 10kg menanti..
hai lah lemak cair la engkau! nyah dari tubuh ku ini..
hai lah nafsu makan.. tidurkan la diri mu toksah bangun bangun dah...

tekad harus kuat.. semangat pun kena kuat.. tahan nafsu makan lagi nak kena kuat...

GEMOOOK ITU HODOH DAN BODOH!!

semoga Allah sangat membantu saya

Selasa, 26 April 2011

* ibu dan ayah *

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. melalui sesuatu atau sepenuhnya membahagiakan.. setiap pagi, sementara menyiapkan Ahmad ke sekolah saya akan menompang sekaki mendengarkan kuliah dr ' Tanyalah Ustaz ' di tv9.. mula mula dengo aja mak bercerita.. tp skrg aku pun jadi pengikut setia.

ada satu pagi tu.. kuliah yg sangat indah.. pahala pahala pahala.. dalam kalut menyiapkan anak dan isi rumah, sebenarnya kita sebagai isteri ibu dan anak ini sedang sarat memikul pahala.. Allah ganjarkan buat kita andai kita laksanakan segala tanggungjawab itu dengan hati ikhlas dan redha atas segala penat lelah..

tapi ikhlas itu perkara yg bukan hanya di mulut, tp takhta nya terletak di hati.. ikhlas adalah satu hal yg tak dapat diungkap dengan kata tapi terlihat pada hasilnya...

kita membesarkan anak dan memberikan didikan agama dan akademik bukan kerana kita mahu anak itu menjaga kita ketika kita tua nanti.. tapi itu adalah amanah yg telah Allah tetapkan untuk kita selaku ibu bapa.. anak yg menjaga bapanya atau ibunya kerana berasa bertanggungjawab dan mengikut tuntutan Allah akan mendapat pahalanya.. adik beradik memang ramai.. tp dalam ramai ramai tu agaknya berapa yang ingin menjaga ibu atau bapanya kerana uzur.. Allaahhh.. semoga aku menjadi hamba Mu yg membahagiakan ibu bapaku...

berbahagialah untuk mereka yang sanggup berjuang mempertahankan diri dengan menjagakedua ibu bapa dengan penuh keikhlasan.. Allah melindungi kalian.. insyallah.. semoga syurga mennati kalian.. amin..