Ahad, 11 Disember 2011

memori taman mesra..

Bismillahirrahmanirrahim..

taman mesra menggamit kenangan.. tempat membesar, tempat membina kehidupan.. tempat untuk menyempurnakan dunia kanak kanak, tempat membina kasih sayang sesama insan.. tempat mencipta sebuah pengalaman yang insyaLLah akan kekal tak luput dek zaman.. taman mesra dulu kini dan selamanya.. adalah SYURGA MAKANAN untuk seramai ramai penghuninya.. (part yg paling teman suka!!!)

No 30 Jalan 5, Taman Mesra Kajang.. ini la kampung teman.. kampung teman di rumah teres setingkat sahaja.. tak adalah aktiviti panjat tangga atau boleh berlari keliling rumah macam yang biasa kita tengok kat dalam movie melayu tu.. tak ada juga sawah padi terbentang luas menghijau mcm cerita nur kasih tu..  ia hanya sebuah rumah arwah atok n nenek teman yang amat teman kasihi..

habis je kelas semalam.. teman minta suami hantarkan teman dan anak anak ke rumah penuh nostalgia itu.. ada kenduri sempena kepulangan haji hajjah makcik pakcik sekalian.. walaupun letih dan otak masih berserabut tapi sebab taman Mesra.. teman akan sentiasa gagah.. masa dah berubah, dulu teman sebagai anak anak yang berlari kesana sini main sampai kering tekak, bila haus tahu jerit Mak nak air!!... lepas tu main lagi, kalau letih berhenti bergumpal pula dalam bilik kecik tpt memang khusus anak anak dara bergumpal.. main lagi dan lagi dan lagi.. selagi tak melekit badan, selagi tak ada yg menjerit menangis selagi tu la rutin tu berterusan.. oh oh oh oh teman sangat rindu saat itu.. bau haruman rumah itu.. pitam!

sekarang masa dah berubah.. perjalanan hidup juga berputar putar.. makcik2 yang dahulu sibuk sentiasa di dapur menyelesaikan urusan dari masak,basuh pinggan mangkuk, mengemas dan menyapu dan segala bagai.. sekarang dah bergelar nenek nenek moden dah sekarang. masa mereka berehat pula dan menyaksikan next generation menyetelkan segala kerja yang pernah dorg kena laksanakan dulu.. haha.. maka dengan terhormatnya next generation itulaa my generation..

rasa macam happy hour pula bila teman dan sepupu yg ada bersesak sesak packing lebihan makanan (setiap kenduri mesti berlebih, sbb semua mmg nak tapau).. berkelentang keletung membasuh periuk pinggan mangkuk sekalian.. wah wah wah memang seronok.. walaupun tak cukup korum. ramai dah tak boleh nak attend majlis atas komitmen masing masing. izni dah jadi doktor kat kedah, hana lili bekerja kat australia.. dll.. sepupu perempuan adalah sangat sedikit ya kawan kawan.. nisbah 1/3 je. tapi keseronokan dengan hani, aida kak jun dan lain lain tetap sangat terasa. banyak boleh gossip dan berkongsi cerita kehidupan..

semoga keluarga besar Haji Abu dan Hajjah Endon akan terus kekal dan dilindungi Allah sentiasa.. dan semoga ikataan kekeluargaan ini akan terus mesra dan kekal ke akhir hayat..

mode: kepala miung nak mula tulis proposal dan nak siapkan folio. phobia!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan