Rabu, 30 Mac 2011

'Kerana Hati Itu Bukan Milik kita'

Sayu..hati ini memang sayu..

Lepas baca blog adikku kerry..I agreed with kakak yg nasihatkan itu tentang lelaki ni sukahati aja kalau nak buat apa apa..tak pikir jauh apalagi perasaan org lain terutama isteri..
# isteri cantik mcm bidadari pun suami dok kalih lain
# isteri pandai masak ala ala chef wan pun suami masih kata dah loya tekak makan
# isteri didik besar anak sampai berjaya pun suami bebas kata 'tgkla sapa BAPAK dia'..
# isteri pangkat tinggi n gaji besar pun suami jarang kata thank you krn sponsor I..

Inila sebahagian lelaki.. Bernama suami.. 1 aja pd pendapat aku jawapannya..
" KERANA HATI ITU BUKAN MILIK KITA "

Yg punya kuasa atas hati hati kita adalah yg Mencipta kita.. Berdoala para isteri agar Allah memlihara hati kita dan hati suami kita. Rasa cinta benci sesal suka duka , cuma hati kita aja rasa.berdoa dan terus berdoa..ikhlas dan redha (motto abg ipar aku)

Sekeliling aku banyak beno contohnya..hati kita yg melihat pun dah terasa Sakitnya mcm disiat siat..apalagi isteri atau ibu2 yg menanggungnya..Ya Allah selamatkanlah kami..

Tapi..tak semua suami mcm diatas itu.. Masih ramai yg sedaya upaya membahagiakan anak bini denagn penat lelah yg tak tertanggung..ramai lagi yg menyayangi isteri seperti mana 30thn sudah saat pertama dinikahi..ramai lagi dan kita sbg isteri beRdoala semoga suami2 kita dlm lindungan ALLAH..

:-tetiba teringat suami yg nun jauh di johor..Oh Allah please n please selamatkn kami..amin

Ahad, 27 Mac 2011

'Kau dan Aku,Siapa lebih dahulu Merindu..'

Bismillah..

Entri ini ditulis ketika teman dan suami sebulat suara untuk berpisah seketika demi memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai manusia..Pak mertua teman sudah terlalu uzur untuk tinggal sendiri.. Dan suami mengambil keputusan menjaga org tuanya Fulltime..diulangi 'Sepenuh Masa'..dan teman amat bersetuju dengan keputusannya..semoga tanggungjawab itu membawa dia ke syurga..

Dalam bersetuju itu..teman terpaksa juga mendoublekan kerja dan tanggungjwb kerana,anak2 ada bersama teman.. Kerja di kedai,kerja dirumah (mmg xada maid) sambil membawa anak ke hulu dan ke hilir.penat? Tak usah ckpla..hehe. Dari pagi sampai 10 mlm baru smpai rumah.

Rindu tak usah cerita la..anak2 bertambah2 rindunya.. Si bongsu, setiap kali cakap kat phone dgn baba dia comfirm melalak mcm kena pukul..sedih!!mungkin dia terasa yang baba dia tak ada.baba pula sangat memanjakan muhammad ni.. Yg abang Ahmad lagila pening,dgn mulutnya yang terlebih bertih jagung dengan selambanya dia boleh cakap kat atok dia yg sdg sakiT tu 'Atok cepatla sihat..saya nak baba saya balik,toloNgla..'Siap merayu Bagai,buek malu yo!

Dari mula sejak akad dilafaz, teman sudah mengingatkn diri teman agar menerima encik suami seadanya..segala keKurangan teman harus topup kan dan kekurangan teman yg selalu lupa ni .. Semoga Allah memberi yg terbaik dan panjangkanla jodoh ini..ameen.

Sepatah kata dr teman semua encik suami..kalau berjauhan dengan isteri 'Rindu siapakah yg dulu mengetuk hati..' Sayangi rumahtangga dan jauhkn diri dr parasit yg berlambak kat luar sana tu..

Semoga Allah memlihara kita semua

Selasa, 22 Mac 2011

kepanasan berganda!

Bismillah..

Hari ni cuaca sangat nyaman..pagi hujan,petang hujan..sejuk aja..pokoknya enak enak la.tapi keadaan hati adalah kepanasan yang sangat berganda ganda..teman pengikut setia blog Dr Faisal Tehrani cuma silent aja.tak pernah komen pun.hati teman betul2 rasa tercarik dan sedih dengan entri Dr FT ttg bahrain. Bangga agaknya dapat membunuh menembak dan menggelek saudara seislam sendiri.

Teman rasa nak muntah ludah pada muka-muka mereka..sakit hati melihat sikap mereka yg umpama menjilat "bontot" Amerika..wahai tentera bahrain dan sekutunya yg diimport khas dari saudi teman ucapkan 'Selamat Berjuang Menyelamatkan Kem Tentera Amerika di Bahrain"..semoga beroleh kutukan lahanat.. (Panas PAnas)

Telinga teman dah sangat panas..semoga kita semua selamat dari fitnah ini..

Lagi satu buat PanasS..ialah kucing2 sesat di rumah ni..kali ni gelas yg ke berapa puluh ntah deme tu kasi pecahhh..boleh tak kalau teman tembak lepas tu gelek 2 kali pakai kereta sorong ala ala Malaun kat Bahrain tu?? Ok tak?

Akhir kalam dr teman Semoga roh mereka yg syahid berada di tempat yg mulia..dan kisah mereka menjadi semangat juang yg jitu utk semua yang masih tinggal..ameen

Allah Akbar

Isnin, 21 Mac 2011

kenapa ada blog?

Bismillah Arrahman Arrahim..

Kenapa ada blog? Lama dah sebenarnya nak buat blog..ada org suruh buat dan diri sendiri pun mmg nak buat..
Tapi,hari ni baru betul betul serius kena buat. Nak komen pd blog org tak boleh,dan teman mmg rasa bersalah bebeno pada seorg hamba Allah ni..
To khairiah..teman mohon maaf pd kamu kalau kata kata org rumah teman menyinggung perasaan kamu. Abg kamu itu idak la reti memahami bahasa dan hal berkaitan,dia pikir semua kena serius dan urusan rumahtangga ni rahsia..haha (dia takut teman bocor rahsia la tu)..itula akibat kalau banyak sangat baca komik dewata raya la,alam perwira la,pedang kena sawanla.. Maleh teman melayannya,dan udah banyak yg teman bakul sampahkan..

Yg paling utama..semoga blog ni memberi manfaat pd teman dan org lain,serta dapat menjauhkan dosa teman dan juga org lain..

(Teman baru mula belajar..salah tolong tunjukkan)