Ahad, 18 September 2011

Selangkah sudah bermula..

Alhamdulillah.. wal hamdulillah..

17 hb sabtu semalam dah siap mendaftarkan diri sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. selesai semuanya.. cuma tinggal laoran kesihatan dan juga payment yg akan disetelkan on monday.

lepas taklimat, ada exam.. bahasa Arab.. adalah sangat susah ya kawan.. susahla untuk aku yg dah tinggalkan bahasa arab ni lebih lima tahun.. ada tak ada baca quran tu ajalaa yg jumpa bahasa arab.. mana laa nak kelentong bila kena soal bab maf u'l liajlih la.. isim haiah la.. selamat juga jawapan dalam objektif..

org lain memang senang abis.. sampai kat dewan tu tinggal aku 2 org aja perempuan.. yang lain semua dah keluar dengan jayanya.. alahai.. saya berdoa semoga saya lulus.. ooopss sebelum lupa.. saya exam di belakang meja imam muda Azhar.. sama juga ambil master pengajian islam.. tp aku tak ade la pergi menanya ke dia.. pengkhususannya apa pula.. kalau tak lulus.. saya akan kena ambil kelas khusus dan exam semula sampai saya lulus.. kire itu adalah ujian kelayakan.. saya mohon dengan sangat agar saya lulus dan dapat terus belajar tanpa halangan.

semalam juga selepas taklimat, ada majlis anugerah pelajar cemerlang..
seorang wanita dijemput ke pentas atas kecemerlangannya memperolehi pointer yg snagat tinggi.. 3.97 dan purata pointernya setiap sem adalah 4.0.. dia adalah ibu kepada 2 org cahayamata dan bekerja sebagai pensyarah di kolej komuniti. berjaya memabhagikan masa untuk keluarga, belajar dan kerjaya.. hah.. itula yang membakar semangat kami yg dah jadi emak emak ni.. prof tu siap cakap lagi.. tak ade org bujang yg boleh challenge dia lagi.. lagipula dia ambil sains kejuruteraan mekanikal yg rata2 dimonopoli oleh lelaki..

program diet masih diteruskan..
11 kg dah pergi tp sempena ramadhan dan hari raya ni.. 1 kg dah patah balik.. lepas ni kena seimbangkan semula.. sebelum majlis lubna kawin saya mesti sudah sampai sasaran nya.. kurang dari 65kg. dan bila majlis lin nanti saya sudah sampai pada berat ideal sekitar 55-58kg.. harus dn wajib kuat berusaha..
GEMUK ITU HODOH DAN BODOH!!

bapak mertua masih di hospital..melihatkan keadaaannya menerbitkan rasa simpati dan sedih.. dari hospital kluang berpindah ke hospital sultanah aminah. kami dari segamat segera bertukar arah ke kluang mengambil suami dan terus ke hospital di johor.. terima kasih babah kerana sanggup berkorban untuk anaknya ini..

sepupu saya dahlia juga sudah berada di rumah makngah... dahlia membuatkan kadang2 jiwa saya melayang tak terpikir apa yg dah dia lalui.. sangat berat dan maha hebat.. setelah seperti mati hidup semua sekarang dia hanya meniti hari hari yg letih ntuk belajar dan mengingat semua perkara.. mind n brain are effected.. so sekarang dia proses pemulihan.. lepas ni insyallah akan lebih kerap kesana.. membantu memulihkan dan berdoa agar dia kembali sembuh..

kerry adik angkat saya mengandung.. dan melihat pada perut booonncittnya menyebabkan saya rasa sangat bersyukur dan didoakan semoga dia selamat sampaui bersalin nanti..

sudah dulu karangan panjang ini.. semoga kita semua dirahmati Allah.. suami dan anak anak.. terima kasih berada disamping saya.. mak dan babah terima kasih kerana melahirkan dan membela saya.. abang dan kak ifa.. terima kasih kerana menyerikan hidup saya

wasslama.. sambung lagi.. tgh kumpul duit berkira2 nak beli netbook..huhu