Rabu, 27 April 2011

# Tentang Diet #

Bismillahirrahmanirrahim...

saya secara officialnya menjalani diet secara sihat pada 14 april 2011.. banyak yg dilakukan dan banyak juga dikorbankan.. banyak menguji minda dan banyak juga membunuh perasaan. tapi tak adalah sampai menangis tak dapat makan.. hahaha

dan paling penting diet ni tak mengganggu anak yg sedang menyusu.. nengok si muhammad selamba aja, makin chubby aja.. alhamdulillah dia pun dah mula makan.. kire nyusu ni bukan lagi satu satunya makanan yg masuk ke dalam pewwwoott (ejaan org mengada n benci) perut dia.

setakat ni alhamdulillah.. Allah mudahkan segalanya untuk saya.. keluarga yang sangat supportive dan kawan yg kasi semangat (aku ada kawan ke?) paling penting apa yg aku buat ni semua kerana Allah.. dan sebagai hamba, aku harus menjaga diri kurnian Allah ini dengan sebaik baiknya.. nikmat yg Allah beri ini wajib untuk aku kembalikan ke asalnya.. Semangat semangat semanagat...

penurunan berat tu dah ada.. lepas ni saya pun boleh buat 'diari si budak gemuk' untuk tatapan diri sendiri dan anak cucu besok utk pedoman diri supaya tak lupa daratan lagi.. menjadi gemuk adalah suatu beban yang akhirnya saya rasakan seperti beban itu sentiasa melekat dan sebati sampai saya lupa betapa hodoh dan bodoh nya beban gemuk itu!!

fakta yg salah!
- gemuk tu buat awak nampak muda la (org yg ckp ni mgkin matanya dah juling!)
- gemuk ni buat awak akan direspect sbb nampak lebih matang (kematangan saya hilang kerana buat keputusan yg salah dengan menggemukkan diri dahulu!)
- alaa gemuk sikit aja bukan nya besar mcm biggest looser tu.. (nak kena gemuk mcm tu ke baru nak mula diet..)
- wedah habiskanla semua saki baki lauk ni.. senang nak kemas meja..( now i am the first eater kat umah tau!)

dan banyak banyak lagi kesalahan fakta yg saya imani untuk terus kekal gemuk satu masa dahulu..

sekarang semoga Allah membantu saya meneruskan apa yg dah saya mulakan.. 4 kg dah pergi dan ada 10kg menanti..
hai lah lemak cair la engkau! nyah dari tubuh ku ini..
hai lah nafsu makan.. tidurkan la diri mu toksah bangun bangun dah...

tekad harus kuat.. semangat pun kena kuat.. tahan nafsu makan lagi nak kena kuat...

GEMOOOK ITU HODOH DAN BODOH!!

semoga Allah sangat membantu saya

Selasa, 26 April 2011

* ibu dan ayah *

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. melalui sesuatu atau sepenuhnya membahagiakan.. setiap pagi, sementara menyiapkan Ahmad ke sekolah saya akan menompang sekaki mendengarkan kuliah dr ' Tanyalah Ustaz ' di tv9.. mula mula dengo aja mak bercerita.. tp skrg aku pun jadi pengikut setia.

ada satu pagi tu.. kuliah yg sangat indah.. pahala pahala pahala.. dalam kalut menyiapkan anak dan isi rumah, sebenarnya kita sebagai isteri ibu dan anak ini sedang sarat memikul pahala.. Allah ganjarkan buat kita andai kita laksanakan segala tanggungjawab itu dengan hati ikhlas dan redha atas segala penat lelah..

tapi ikhlas itu perkara yg bukan hanya di mulut, tp takhta nya terletak di hati.. ikhlas adalah satu hal yg tak dapat diungkap dengan kata tapi terlihat pada hasilnya...

kita membesarkan anak dan memberikan didikan agama dan akademik bukan kerana kita mahu anak itu menjaga kita ketika kita tua nanti.. tapi itu adalah amanah yg telah Allah tetapkan untuk kita selaku ibu bapa.. anak yg menjaga bapanya atau ibunya kerana berasa bertanggungjawab dan mengikut tuntutan Allah akan mendapat pahalanya.. adik beradik memang ramai.. tp dalam ramai ramai tu agaknya berapa yang ingin menjaga ibu atau bapanya kerana uzur.. Allaahhh.. semoga aku menjadi hamba Mu yg membahagiakan ibu bapaku...

berbahagialah untuk mereka yang sanggup berjuang mempertahankan diri dengan menjagakedua ibu bapa dengan penuh keikhlasan.. Allah melindungi kalian.. insyallah.. semoga syurga mennati kalian.. amin..

Rabu, 13 April 2011

+ KICIWA +

Bismillahirrahmanirrahim..

Betul punya tersentap..teman adalah pengikut setia blog Dr FT.setiap malam sambil melenakan bujang 2 org ni..teman akan melayari sambil berpikio apa yg Dr FT tulis di blognya..kirenya,teman mmg sgt sgt patut ditabalkn sbg pembaca tak berapa bertuah (kalau Dr FT buat anugerah la).. Teman cuma 2x komen je..selebihnya hanya jadi silent reader..

Banyak manfaat dan benda baru utk di masukkn dan dibahaskan ada dlm blog tu..ate teman udah rasa nak meleleh airmata mengenangkan tak ade lagi dah blog2 yg berilmu dan serasi dgn jiwa teman..

Patutla 5 hari Dr FT tak update blognya..ghupanya mmg betul2 tidak mahu terlibat lagi dlm ranking blogger2 yg berpengaruh..teman kenal ramai juga sahabat teman yg semakin terbuka mindanya sejak2 memblogkan diri bersama Dr FT..isk tak puas hati betul..rasa nak tepon Dr FT,awat tak month memblog dah?ate ada oghang lain ngacau deme ke?

Berbagai persoalan..namun teman harus menghormati pendirian Dr FT dan teman doakan semoga Dr terus kuat dan thabat dlm memahamkn manusia dan berjuang menyebarkn apa yg org lain tak tahu atau takut nak tahu..

Biarla teman terus menyerbey blog2 yg seangkatan, semoga bertemu utk mengubat jiwa dan menyiram pemikiran..
Kalau Dr FT 'Saya Bukan Syiah tapi Saya Cinta AlHusain' ..
Teman pula 'Saya Cinta Alhusain n Benci Anwar Ibrahim'..hik hik hik

Semohga baik baik saja..

Isnin, 11 April 2011

* Bukit Kempis *

Bismillahirrahmabirrahim...

Dialog teman dengan Ahmad pg tadi betul betul memberi satu tamparan hebat buat diri teman..akhirnya anak sulung teman telah menyedarkan teman bahawa 'Mama Ahmad sedang membunuh diri..'

Mama: Ahmad,nanti kita pergi johor kita pergi Bukit Indah ya dgn Baba!
Ahmad: Bukit Indah tu cantik ke mama?kalau kita masuk dalam tu kita pun jadi indah ke?
Mama: ofkos la Ahmad..kalau kita pergi situ,kita rasa cantik n indah aja..(Smbil peluk2 dia)
Dan tak semena mena..
Ahmad: kita pergi BUKIT KEMPIS la mama..nanti perut mama boleh kempis!!

Ha!! Dapat kau sebijik..

Teman rasa hari ini dpt satu semangat baru dan perasaan baru..suami mmg tak bising,cuma dia selalu cakap 'Janji awak sihat dan senang hati'.. Oh suamiku..isterimu ini sedang ingin membunuh diri dengan hidup dikelilingi makanan!! Demi taknak teman kecil hati,dia diam aja..

Hakikatnya..berat suami campo berat ahmad campo 1/2 berat muhammad = berat Mama!!seorang!

Ini bukan masalah tapi musibah! Need to do something..membapak tunggalkan suami adalah perkara terakhir yg teman pernah pikir!!

Hidup sebagai seorg yg gemuk adalah sangat Hodoh! Dan Bodoh kerana akala teman telah tewas di tgn nafsu makan dan sikap tak ambil peduli.. Oh Allah,Please forgive me..

Teman inngin berubah..insyallah teman berharap semoga teman berjaya berubah! Menyusukan anak bukan halangan utk merubah cara hidup yg tak sihat..10 perkara paling buruk yg buat gemuk:
1. Saya cinta Nasi!! Nasi sedap!
2. Saya suka mkn bergoreng!!mesti nak adakan baru selera mkn
3. Saya suka kulit,lemak ayam..yummy!! But not healthy
4. Saya mmg aktif tapi tak suka bersenam..damn!
5. Saya dah mula suka minum yg manis! Petanda awal la ni..
6. Saya sukanya kuih2 atau ngunyah2..mkn 2 keping roti slps mkn nasi adlh kunyah2..?feel sad!
7. Tak tahan godaan terutamanya kalau balik kg PD..semua nmpk enak..dan nenek2 sedara akan paksa saya mkn berkali2..saya apatah lagi..
8. Mkn tak ikut waktu..selalu nak tunggu makcik pukul 4..bila terlalu lapar,akn mkn dgn sgt byk dgn alasan ganti siang n nnti mlm tak mkn dah!! ALASAN!
9. Saya selalu beralasan! (Paling teruk)
10. Bertangguh utk berubah!!merelakan diri menjadi Tong Sampah dengan menghabiskan semua sisa makanan di rumah!!..

Allahu Akbar..semoga kesedaran kali ini benar benar membantai segala kealpaan masa lalu..saya mahu berubah..dan ingin menjadikannya sebagai realiti ibadah!!

All we did should be lillahi taala..
Terima kasih Allah atas nikmat ini..kuatkanla semangta ku Allah!! Amen

Thing's to do tomorow..weight scale..sila pergi beli!

Rabu, 6 April 2011

sgt tak seronok..

Bismillahirrahmanirrahim..

# sgt tak seronok dengan cerita politik hari ini..bila la semua ini akan berakhir..saya mmg bukan parti kerajaan tp saya mmg benci anwar ibrahim..ok tak? Cerita2 politik ni membuatkan nak termuntah dan saya elakkan dr anak2 melihat,mendengar dan menengok berita.tak berfaedah lgsung.sampai berita bnjir pun ala2 sepintas lalu..apalagila kalau nk tgk pergolakan Bahrain dll Negara.
# sgt tak seronok mengupdate belog dgn BB..memangla BB ni byk pekdahnya pd diri saya..tp bila nak taip panjang2 ni,rasa bersalah pula menggunakannya..AJE lenguh tangan n mata teman menekan keyboard yg superkecik n font kat skrin yang superhalus..alahai.tiap kali update tak pernahnya saya tak tertido..
# sgt tak seronok bila tak dpt pantau pembelajaran ahmad sepenuhnya.. Ahmad dah naik iqra' 2 pun saya tak sempat nak check..asik tgk homework dia yg adalah sangat banyak ok!tak termasuk hafalan lagi..
# sgt tak seronok bila suami tak ada disisi utk bersama sama saya membuat perkara perkara yang kami biasa buat bersama..hmmm

Tp saya sangat seronok sebab saya ada mak babah yang sangat membantu..kakak ipar yg suka hiburkan saya dengan cerita2 dan anak susu saya yg sangat pandai bermanja dan dan dan ahmad dan muhammad yg sgt membahagiakan..

Terima kasih Allah..

Segala nikmat mu ini kusyukuri..

Ahad, 3 April 2011

sudah habis masa

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertemuan ditangguhkan..sudah habis masa!itu membawa maksud..
#suamiku harus pulang ke johor semula..berkhidmat utk org tuanya..
#anak2 harus biasakan diri dengar mama dia menjerit2 utk pastikan semua selamat..
#muhammad (anak bongsu)..welcome back,car seater adalah tpt awak..
#me n anak anak akan pindah bilik bwh. (Kembali berperang dgn nyamuk)

saya tidak lagi kelam kabut kerana dah terbiasa..tp my father la kesian,semua hal dia take over..

Oh Allah ampunkanlah dosa kami semua..kurniakan kami kesihatan jasad yg baik dan hati yg tenang..

Mood - mls update sbb terkonang2 suami nk meninggalkn kami anak branak