Selasa, 26 April 2011

* ibu dan ayah *

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. melalui sesuatu atau sepenuhnya membahagiakan.. setiap pagi, sementara menyiapkan Ahmad ke sekolah saya akan menompang sekaki mendengarkan kuliah dr ' Tanyalah Ustaz ' di tv9.. mula mula dengo aja mak bercerita.. tp skrg aku pun jadi pengikut setia.

ada satu pagi tu.. kuliah yg sangat indah.. pahala pahala pahala.. dalam kalut menyiapkan anak dan isi rumah, sebenarnya kita sebagai isteri ibu dan anak ini sedang sarat memikul pahala.. Allah ganjarkan buat kita andai kita laksanakan segala tanggungjawab itu dengan hati ikhlas dan redha atas segala penat lelah..

tapi ikhlas itu perkara yg bukan hanya di mulut, tp takhta nya terletak di hati.. ikhlas adalah satu hal yg tak dapat diungkap dengan kata tapi terlihat pada hasilnya...

kita membesarkan anak dan memberikan didikan agama dan akademik bukan kerana kita mahu anak itu menjaga kita ketika kita tua nanti.. tapi itu adalah amanah yg telah Allah tetapkan untuk kita selaku ibu bapa.. anak yg menjaga bapanya atau ibunya kerana berasa bertanggungjawab dan mengikut tuntutan Allah akan mendapat pahalanya.. adik beradik memang ramai.. tp dalam ramai ramai tu agaknya berapa yang ingin menjaga ibu atau bapanya kerana uzur.. Allaahhh.. semoga aku menjadi hamba Mu yg membahagiakan ibu bapaku...

berbahagialah untuk mereka yang sanggup berjuang mempertahankan diri dengan menjagakedua ibu bapa dengan penuh keikhlasan.. Allah melindungi kalian.. insyallah.. semoga syurga mennati kalian.. amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan