Khamis, 12 Mei 2011

* Ibukah Dia? *

bismillahirrahmanirrahim..

sekali lagi saya memilih untuk meluahkan sesuatu yang tak dapat saya kongsikan bersama org lain secara lisan kerana takut mengundang fitnah dan salah tanggap.. ruang iini dipilih kerana lebih menenteramkan saya dalam mencurahkan apa yg terbuku di hati..

seminggu ni agak sedih dan celaru.. saya bertemu seorang lelaki bersama 3 org anaknya. 2 lelaki dan yg bongsunya perempuan... tanpa isteri.. tanpa isteri ya kawan kawan..

dalam suram lelaki itu membuka cerita tentang apa yg berlaku pada keluarganya.. isterinya curang dan sudah meninggalkan rumah dan anak anak lebih dua minggu dan tegar menyulam kasih bersama lelaki lain. saya jadi kecewa kerana saya mengenali isterinya sebagai seorang yang peramah dan snagat bermotivasi untuk menguruskan badan..(kiranya dia adalah inspirasi saya ketika itu)..

lelaki ini berusaha gigih untuk mempertingkatkan hasil keluarga dengan sambung belajar dan sekarang Alhamdulillah sudah naik pangkat.. lelaki ini juga memohon bantuan kepada kedua org tuanya untuk jaga dan didik anak mereka berdua sementara mereka keluar berkerja.. selebihnya masa terluang diguna pakai untuk sessi percintaan HARAM bersama lelaki lain. saya memang sangat sakit hati..

anaknya yang perempuan baru berusia 2 tahun lebih dan selesa menggelarkan dirinya dengan nama PRINCES itupun terabai.. anaknya sangat comel ye kawan kawan.. bagi saya yang belum mempunyai anak perempuan.. PRINCES itu adalah idaman saya.. putih gebu dan sangat cantik. PRINCES pernah menangis meraung memeluk kaki ibunya memohon jangan tinggalkan dia.. si ibu boleh selamba mati buat buat tak faham.. almaklumla buah hati sedang menunggu dengan hati yg riang tak terperi.. apalaa yang ada pada tangisan si PRINCES nak dibandingkan dengan nikmat bertemu buah hati.. kejadian itu membuatkan saya tertanya.. ' IBUKAH DIA? '..

untuk kawan kawan yang belum berkahwin atau belum memiliki anak.. hubungan darah kita sangat lekat dengan anak.. perkahwinan ikhlas yg dibina bersama suami kerana Allah membuatkan saya menerima dirinya seadanya.. dan berharap dia menerima diri saya seadanya. memiliki anak di awal perkahwinan agak mencabar tapi saya sangat bahagia.. setiap kali Ahmad ke sekolah seharian, saya juga akan menyibukkan diri dengan kerja kerana terlalu rindukan dia.. serius! setiap kali saya meninggalkan muhammad sebentar untuk keluar berkerja atau urusan tertentu.. tiap kali tu juga la saya akan pujuk diri saya agar fokus dan selesaikan segera agar boleh bersama anak anak semula. suami pula pernah balik ke johor 18 hari dan hasilnya dia jadi pemarah dan semua serba tidak kena dan menyakitkan hati.. itu la penyakit hati ketika rindukan anak anak.

berbalik pada cerita tadi.. si suami tadi telah mengajak bincang dan bercakap dengan matang tentang halatuju perkahwinan mereka itu.. nak tahu apa jawapan isteri.. ' saya memang sudah pilih dia dan awak boleh ceraikan saya!'.. dalam hati saya menyumpah Celaka betul boyfriend perempuan ni. si isteri ni setahu saya tidaklah berduit sangat, tidak berpelajaran tinggi cuma muka dan badannya memang cantik juga la.. itu pun berkat suami dia yg bayar utk pakej perlangsingan dan juga ajak ke gym bersama sama.. ntah apa yg jantan terkutuk itu mahu menjadikan dia sebab hingga menghancurkan rumah tangga org lain.. anak anak yg menjadi mangsa inilah membuat kan saya sedih dan kasihan.

kawan kawan.. inilah asam garam rumahtangga.. hidupbergaduh, terasa hati , merajuk, menyampah dan perkara berkaitan adalah rencah asam garamnya.. tp pada saya.. kecurangan adalah sesuatu yg berbeza dan itu bukan la rencah lagi tapi itu adalah BANGKAI dalam rumah tangga.

hari ini mungkin isteri sedang khilaf.. tp hati kecil saya tetap berdoa.. agar keadaan akan kembali pulih semula.. semoga Allah merahmati kita dan membantu kita hingga akhir hayat..

Ya Allah bantulah hamba mu ini dalam mencari keredhaan Mu Ya Allah.. selamatkan lah rumah tangga kami semua.. hidupkan lah keluarga kami dalam mahabbbah wa rahmah sepanjang hayat kami.. jadikanla jalan menujuMu tetap dihati kami.. amin..

Allahumma Salli Ala Muhammad wa Ali Muhammmad..
*KICIWA*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan