Isnin, 9 Mei 2011

Selamat hari Lahir Anakku..

bismillahirrahmanirrahim...

(entry ni ditulis ketika dengar dan melihat Ahmad sedang bersolat dengan neneknya.. Syahdu Oi!!)
4 tahun lepas.. Ahmad Widad dilahirkan secara ceaserean.. ikut tingkap kata orang orang kampung.. ahmad lahir dengan berat 3.5 kg.. tinggi 50cm. dan ukur lilit kepala dia adalah sangat besar ya kawan kawan.

dia dilahirkan setelah diinduce (dipaksa beranak) sebanyak 3 kali.. dan episod cek jalan dah buka atau belum adalah episod ngeri dalam hidup ku.. Allah sahaja yang tahu betapa celaru dan sakitnya ketika doktor cakap.. " ok puan.. sila baring, kami nak tengok jalan dah buka berapa cm? "
lebih 15 kali doktor akan rodok dan tekan tekan supaya tulang pelvik tu lembut.. setiap kali tekan.. hamba berdoa.. " oh tuhan.. Selamatkan saya dan kandungan ini.. kuatkan la semangat saya".. sambil menangis ya kawan kawan.. diulangi.. menangis.. adalah sangat sangat sangat dan sangat sakit..

itula yang dirasai oleh semua ibu ibu yang nak bersalin.. dan bersalinkan Ahmad widad punya momen indah dan sangat menyentuh kalbu. lepas tiga kali induce jalan nak bersalin adalah semakin kecil.. akhirnya hamba give up dan merayu pada suami agar hamba di CUT sahaja!... doktor masih nak berusaha tapi melalui istikharah dan tawassul .. aku dah tekad.. memang harusnya di CUT ah keluar ikut tingkap.. akhirnya doktor akur.. dan aku snagat lega kerana episod rodok merodok sudah tamat ketika keputusan itu dibuat.

Ahmad sangat senang dijaga dan dibesarkan.. aku bersyukur pada Allah sangat sangat.. rezeki murah.. ramai org bagi hadiah.. dan kutipan pada hari akikah nya.. subhanallah wal hamdulillah.. kalah la duit tabung haji aku.. hahah. ahmad tak banyak ragam dan tak ade masalah kesihatan.. satu nikmat yg paling disyukuri.. aku banyak melihat.. berapa banyak air mata seorang ibu tumpah tatkala berdepan dengan masalah anak tak sihat.. Alllahhh duit berjuta pun takkan dapat melegakan hati ibu yg melihat anak kesakitan!

Ahmad mula bercakap ada usia tujuh bulan. 'mama' , 'baba' 'atah(atok)' dan yg mudah2 la.. dengan gigi 2 batang dia tu. tapi dia berjalan lambat sangat.. 1 tahun 3 bulan baru berjalan. syukur.. akhirnya berjalan juga.
setahun 5 bulan ahmad dah baca bismillahiirahmanirrahim.. dan sebut perkataan nenek dan atok dengan betul.Alhamdulillah. mungkin pada orang lain.. dia lambat. tapi aku sangat bersyukur..

pernah tu,seorang saudara boleh cakap.." eh ahmad widad ni makan pun masih bersuap dan cakap pun tak betul, kire lambat la ni.. anak saya dulu umur baya ni dah boleh ajak nyembang dan bla..bla..bla.."..
tahu tak apa perasaan aku ketika dengar tu.. rasa nak bagi satu pelempang! kami tak pernah cakap pasal anak anda yg anda bikin ekor rambut dikepalanya.. dan kami tak pernah minta pendapat apa apa pun tentang anak kami. panas hati dan aku terus peluk Ahmad dan bisikkan selawat agar hati ini reda..

dah nak masuk 2 tahun.. 16 mac 2009.kali pertama kami bercuti sekeluarga.. ke Pangkor, lumut dan damai laut.. sambil pergi ke majlis perkahwinan sahabat di setiawan (cik kinot).. ahmad kena gigit dengan satu girl tu.. gigitan itu adalah snagat kuat ya kawan kawan.. lebam seminggu..masa balik dari bercuti, nenek sudah mengamuk sakan.. tengok cucu pertama kesayangannya berlebam di pipi kiri.

tahun 2010.. ahmad masuk sekolah.. playschool di CIC bangi. sebulan menangis setiap kali dah nak sampai dekat simpang sekolah dia.haha.seminggu pertama, kata teacher dia.. ahmad cuma nak duduk kat dapur aja.. ntah apa ke mimpinya.. tp teacher tu biarkan aja.. akhirnya ahmad sangat suka ke sekolah dan dia dah ada kawan2 dia sendiri.. tak la asik sebut nama upin ipin fizi dan intan payung lagi. banyak yg dia belajar dan dia dapat.. dan aku sebagai mama sangat gembira melihat tumbesaran Ahmad..
ooopss lupa.. hari lahir Ahmad yang ke 3 tahun disambut sangat meriah di sekolah CIC bangi.cikgu nya sangat supportive.teacher rubi, teacher nisa dan teacher nina..
di CIC pun ahmad 4 kali pergi trip. pertama ke muzium tentera udara sungai besi, second ke kilang yakult di seremban 2, third ke kilang gardenia Shah Alam dan last ke kilang coklat di seri kembangan.. kawan kawan, kita semua pun rasanya belum pernah pergi ke tempat2 tu kan kan kan..

tahun 2011 ahmad semakin obses dengan lukisan lorinya.. segala jenis lori dia akan lukis.. dan baba adalah pendorong ahmad terulung.. 2011 juga ahmad mula membaca dan menulis dengan baik.. dah mula membaca menggunakan exra dan buku peter and jane tu. mama tentu sekali menjadi orang yang paling bahagia dan bersyukur.. Alhamdulillah.. Allah memakbulkan doa saya agar Ahmad membaca ketika usia 4 tahun. dan semua itu bukan senang.. semuanya harus berkorban..

tahun ini juga Ahmad tak berminat menyambut hari lahir di sekolah. dia yg tak nak.. dan mama pun tompang lega sebab mama n baba agak kering bulan ni.hehe. dia cuma minta 4 perkara sempena umurnya dah empat tahun.
1. macaroni cheese di secret recepies alamanda
2. fresh orange nya
3. kek vanila
dan lastnya main playground di alamanda.. Alhamdulillah..

wahai anak ku.. doa mama semoga Ahmad jadi anak soleh dan hamba yg mengenal tuhannya.. memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan cintakan rasulullah dan ahli keluarganya,..

berhenti dahulu.. mama nak mengajar ahmad ya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan